oh ibu..
apabila lahirnya diriku di atas muka bumi ini..
ibu cium aku..
ibu peluk aku..
lalu ayah azankan aku..
ketika itu aku masih tidak mengerti apa-apa..
aku tidak dapat lihat betapa gembiranya perasaan ibu ketika itu..
oh ibu..
ketika aku membesar..
ibu menyayangi aku bagai menatang minyak yang penuh..
ibu berikan aku segala yang aku mahu..
ibu korbankan masa ibu..
dan ibu korbankan wang ibu..
semata-mata untuk melihat aku gembira..
tetapi ibu..
aku tidak dapat lihat betapa kau sabar menahan kehendak ibu..
oh ibu..
ketika aku sudah mengerti..
ibu gembira melihat aku belajar dengan cemerlang..
ibu gembira melihat aku mempunyai ramai kawan yang baik..
dan ibu gembira melihat aku..
tetapi ibu..
aku tidak dapat lihat betapa penatnya kudrat ibu semata-mata untuk melihat aku begitu..
oh ibu..
ketika aku sudah dewasa..
aku sudah berada jauh dengan ibu..
aku sudah leka..
leka dengan arus perubahan dunia..
aku tidak tahu bahawa ibu rindukan aku..
aku tidak tahu bahawa ibu merindui suaraku..
dan aku tidak tahu bahawa ibu rindukan gurauan aku..
tetapi ibu..
jauh di sudut hatiku..
masih ada ibu yang aku sayang dan yang aku cintai..
oh ibu..
kalaulah aku dapat berada disisi ibu sekarang..
akan ku cium ibu puas2..
akan ku cium tangan ibu yang sudah lama tidak ku sentuh..
dan akan ku peluk ibu kuat2..
aku sangat menyayangi kau ibu..
tetapi ibu..
Allah lebih menyayangi ibu..
ibu telah pergi dahulu sebelum aku..
dan kini..
setiap malam aku berharap bantal peluk ku itu ibu yang aku cintai..
setiap malam aku berharap makanan yang aku makan itu ibu yang masak..
dan setiap malam aku berharap ibu dapat mengusap rambutku seperti yang ibu buat masa aku kecil dulu..
selamat tinggal ibu..
Karya : Nor Hazrien Bin Hamdan
1 comments:
ayien . betul ke ?
Post a Comment